Wednesday, April 11, 2012

Proton Preve Part II: Tagline (Drive it to believe it) diulang cetak dari Syarikat Trak Antarabangsa?

Okay ini adalah komentar part II kepada Proton Preve. Mengenai nama Proton Preve telahpun aku kupas di dalam kemaskini sebelumnya.

Selepas peristiwa pertandingan menamakan MPV Proton, aku mula melakukan inisiatif menajamkan kemahiran menulis tagline. Tagline adalah penting kerana ianya adalah satu slogan penjenamaan yang akan memberi tambah nilai kepada strategi pemasaran. Slogan perlu dilihat sebagai sesuatu yang memberikan imaginasi secara ekstraordinary. Seolah-olah mereka yang membeli produk ini diberi satu imaginasi bahawa kehidupan mereka bakal berubah sama sekali. Ianya satu harapan ke puncak, kalau puncak tersebut tak setinggi mana pun tapi sekurang-kurangnya boleh membawa kamu ke Puncak Alam, Kuala Selangor.

Tagline bagi Proton Preve adalah Drive it to believe it. Sekilas baca, ada unsur artistik (dua tiga kilas baca semacam tak lengkap, sepatutnya mungkin diletak Test drive it to believe it). Tapi kalau dibaca dengan jujur, seolah-olah perlu memandu sendiri untuk merasakan pengalaman pemanduannya. Ini satu limitasi. Sungguhpun tidaklah salah untuk diletakkan tagline sebegini, tapi tagline sepatutnya memberi imaginasi lebih daripada itu. Seolah-olah kamu tidak perlu pun memandu Proton Preve ini untuk merasakan ingin untuk membelinya. Tagline adalah satu harapan yang mana kamu diimaginasikan kehidupan akan bertambah baik/kool/stylo sebaik sahaja memilikinya. Ianya bukan sekadar pemanduan, tapi lebih dari itu.

Seperti yang aku kongsikan nama yang ingin aku berikan sekiranya Proton membuka peluang kepada masyarakat untuk menamakannya, aku tidak sekadar sudah bersedia dengan nama malahan ingin mencadangkan tagline’nya. Bukan ‘Pemanduan Rebel Anda’. Itu Cuma tagline indie dan punk. Tagline yang ingin aku cadangkan adalah:

Proton Manovar | Driving the Spirit within.

Ya. Driving the Spirit within. Huruf S sengaja dibesarkan. Driving the Spirit within menjelaskan bahawa kereta ini akan memberikan satu semangat menjelajahi destinasi kehidupan. Bukan sekadar destinasi secara fizikal malahan dari segi mental. Destinasi mental untuk menjadi lebih baik, berkarisma dan bersemangat.

Aku akui, sama ada (test) Drive it to believe it dan Driving the Spirit within, kedua-duanya agak subjektif. Namun yang membezakannya, Driving the Spirit within adalah satu tagline yang asli tanpa diulang cetak sementara Drive it to believe it pernah digunakan oleh syarikat trak antarabangsa pada March 2011 – Navistar. Lihat di sini. Jadi ini membawa kepada persoalan, apakah tagline Drive it to believe it itu diulang cetak dari syarikat trak Navistar?

Tuesday, April 10, 2012

Tentang nama Proton Preve & kenapa ia tidak ART (dan Power).

Semasa Model MPV Proton hendak dilancarkan, Proton memberi peluang kepada masyarakat untuk menamakannya, lantas out of nowhere, aku mahu turut serta menamakannya sebagai Exora. Dan bang! mengena. Cumanya, tagline aku tak semenarik peserta lain yang turut menamakannya sebagai Exora (peserta yang menang meletakkan tagline ‘Keriangan Keluarga’ – satu tagline yang minimalis namun indah bermakna). Namun, ini dikira kontroversi kerana Exora dikaitkan dengan tumbuhan bernama Ixora, sedangkan dalam peraturan menamakan MPV mereka yang pertama ini tidak boleh diambil dari nama-nama tumbuhan dan haiwan. Ini satu peraturan memakan diri dan menyekat kreativiti, entah apa salah tumbuhan dan haiwan kepada penjenamaan kereta? Padahal logo mereka itu sendiri dari kepala harimau, malahan jangan kata nama model, ada satu kenderaan automotif sendiri diambil dari nama haiwan iaitu Jaguar, malahan Ford turut menamakan salah satu modelnya sebagai Ford Mustang. Ini satu kreativiti nama yang agak legendary. Tapi tutup cerita tentang Exora. Aku hendak bercerita mengenai Proton Preve.

Antara kenyataan terkini dari pihak Proton adalah mengenai apa ada pada nama Preve ini. Bagi aku walau tiada salahnya bagi pihak Proton menjelaskan apakebenda Preve ini, namun bagi aku kalau dah sampai terpaksa menjelaskan bagaimana menyebut Preve (Prae-Veh), ini sesuatu yang kurang kool. Nama model yang bagus adalah self-explanatory, ia gagah dengan sendiri tanpa perlu ada kenyataan media untuk menjelaskannya. Mula-mula aku diperkenalkan dengan nama Preve. Aku ingatkan sebutannya Prevv dan tak sangka sama sekali ianya adalah Prae-Veh.

Antara asas penamaan nama produk adalah satu, ianya best untuk disebut dan kedua, ianya sedap didengar. Prae-Veh? Adakah ianya best untuk disebut dan sedap didengar? Atau adakah ianya best untuk disebut tapi tak sedap didengar? Atau adakah ianya tak best untuk disebut tapi sedap didengar, okay ini agak subjektif. Bagi aku, Prae-Veh ‘tak best’ untuk disebut dan tidak sedap untuk didengar. Aku harap hanya aku dan segelintir kecil sahaja merasakan Prae-Veh ini tidak best untuk disebut dan tidak sedap didengar, tapi kalau majoriti besar berpendapat seperti aku, ini adalah satu pilihan nama yang tidak sesuai kerana aku yakin, masih ada nama lain yang lebih gempak serta memberi impak mendalam. Ya, Preve ada sejarah yang panjang iaitu digunakan pada mulanya sebelum 1370 namun perkataan ini kemudiannya menjadi asing dan tidak trendy. Jadi perlu ada elemen trendy dalam menamakan nama produk. Preve nyata sekali nama purba yang disisihkan oleh kesusasteraan inggeris moden. Bukan tidak salah mengunakan perkataan purba namun perkataan purba yang dipilih itu perlu trendy. Contohnya Satria Neo, Neo berasal dari perkataan purba Greek namun dilihat sebagai trendy dan moden. Malahan, ada yang mengaitkannya dengan elemen adiwira kerana Neo adalah watak utama dalam filem The Matrix. Nampok dok? (sebut gaya Ustaz Azhar Idrus).

Jadi, kesimpulan dari apa yang aku cuba maksudkan disini, Prae-Veh tidak best untuk disebut dan tidak pula sedap untuk didengar. Dan tidak trendy. Mereka mahu pergi global dengan nama ini tapi kedengarannya ia hanya sesuai untuk sebutan lokaliti masyarakat latin dan india. Meskipun mereka ada justifikasi dari segi maksudnya, namun separuh dari pertempuran penjenamaan telah tersasar dan tidak menghairan ada artikel khas mengenai nama ini terpaksa ditulis khas. Kalau nama itu gagah, ia akan berdiri dengan sendiri. Jadi ini membawa kepada persoalan, apa nama yang sesuai yang sepatutnya dinamakan untuk model ini?

Okay, kalaulah Proton memberi peluang kepada masyarakat untuk menamakannya, aku sebenarnya sudah bersedia dengan satu nama. Meskipun aku lebih gemar pada nama dari perkataan melayu, namun disebabkan mahu pergi global punya pasal, aku rasa okay untuk menamakannya dengan perkataan inggeris yang turut diubah suai.

Iaitu – Proton Manovar.

Ya, Manovar. Best untuk disebut dan sedap untuk didengar (malahan macam nama band Heavy Metal, Manowar pun ada!). Manovar adalah perkataan yang aku ubah suai dari perkataan maneuvre. Kenapa aku ubah suai adalah kerana untuk memberi elemen rebel. Tidak perlu terikat dengan peraturan ejaan. Sebutan Manovar juga mudah – Ma-no-var. Semudah itu, bak kata Leornardo Da Vinci, simplicity is the greatest sophistication. Manovar yang datang dari perkataan maneuvre adalah mudah untuk digoreng maksudnya kepada inisiatif global pihak Proton. Nah, aku copy-paste sendiri dari wikipedia dan dengan maksudnya yang agak positif, tersangat mudah bagi pihak Proton untuk mengoreng dan menambah perisa kenapa nama ini dipilih.

Ini dia maksudnya:

Maneuver, manoeuvre, manoeuver (also spelled, directly from the French, as manœuvre) denotes one's tactical move, or series of moves, that improves or maintains one's strategic situation in a competitive environment or avoids a worse situation.

Tactical move tu brader! Apa hendak lagi. Manovar boleh jadi satu nama yang gah (serta kedengaran agak heavy metal). Apapun bersyukurlah kerapa nama kereta konsep Proton Espire tidak digunakan terhadap model ini. Kerana Espire adalah satu jenama kondom. Dan ya, ini agak seksi sebutannya (selaras dengan pengunaannya).

Jadi wahai Proton, aku bersedia menjadi konsultan penjenamaan nama yang power. (sila sebut power dengan sebutan powwwwww – wehhhhhhh agar selaras dengan Prae-Veh kamu.

Nota:

Band The Manowar boleh dijadikan sebagai selebriti yang mengunakan Manovar dan mereka akan memperdengarkan kamu lagu The Power. Memang power, tapi untuk jiwa KPOP mungkin tidak sekali.

Sunday, April 1, 2012

Cerita Kedai Kopi/Ulasan Ringkas KOPI (FIXI)

Sambil membelek buku himpunan cerpen Kopi keluaran FIXI, shahwat kaffein aku terangsang dan terasa kopi dihirup lebih sedap lantas memberikan aku semangat untuk menulis mengenai kopi. Tapi tak jadi. Mungkin sebab aku perlukan kopi larangan seperti kopi luwak untuk menulis. Jadi inilah dia, cerita kopi aku atau lebih kepada fakta ringkas.

5 sebab kenapa aku kerap mengunjungi Coffee Planet.

1. 2 K – Kopi dan Kawasan sekeliling (panorama). Aku rasa escape sebentar dari kegilaan dunia.

2. Kerusinya memang selesa. Kalau ada rezeki aku sambar 2 biji seperti mana yang aku ceritakan dalam entri Apartmen Bukowski sebelum ini.

3. Ada haruman segar di Toilet. Patut toilet ini menang anugerah tandas dunia.

4. Internetnya laju.

5. Dapat berbahasa inggeris dengan bangsa sendiri. Barista mereka disiplin berbahasa inggeris walau aku jawab dalam BM. Jadi untuk tidak menghampakan mereka, aku balas semula dalam BI, walau aku hampir-hampir lihat ke cermin sama ada sudah kurang kemelayuan aku atau aku sudah menjadi mirip lelaki dutch.

Oh ya, himpunan cerpen kopi keluaran FIXI ini sesuatu yang wajib dibaca oleh pengemar kopi. Percayalah, selesai dibaca keseluruhannya, kopi seterusnya yang akan diminum kamu akan lebih sedap, pekat, likat, kaw dan seksi.

Saturday, March 31, 2012

Nota Galaksi

Februari 2009 sehingga Mac 2012, aku pakai Nokia E71. Tak terfikir sangat sama ada nak upgrade ke smartphone. Dan kadang-kadang bila ada rasa nak upgrade, aku teringat muka mak abah kat kampung. Boleh bayar ribu untuk telefon tapi kenapa tidak untuk bantu ringankan beban mak abah? Kos kehidupan masa kini dah naik mendadak. Ya, memang betul kita perlu salurkan kasih sayang dan penghormatan secukupnya. Tapi itu tak cukup kerana bukannya kita boleh bayar bil dengan semua itu. Tiba masanya seorang anak membantu kedua orang tuanya. Disebabkan itulah, aku memutuskan untuk menumpu sepenuh perhatian pada pelajaran agar di kemudian hari boleh jadi belia harapan negara. Keseronokan di kelab, berparti boleh go to hell. Lagipun aku punk rock, tak perlu hiburan kurang intelektual.

Okay, dah jauh tersasar. Bukannya nak jadi contoh kepada siapa-siapa. Just sayin’ kata dema.

Setelah 3 tahun berjasa, tiba masa aku terpaksa rehatkan E71 untuk selama-lamanya. Dah jatuh beribu kali namun masih bertahan, sehinggalah awal tahun ini. Kalau tak kerana rosak dan disebabkan aku nak bawa produktiviti kehidupan ini ke tahap yang seterusnya, aku tak peduli langsung tentang smartphone. Memiliki smartphone dan menjadi smart di pemikiran ternyata 2 benda yang berbeza.

Selamat tinggal E71 dan selamat datang Nota Galaksi (Galaxy Note).

Wednesday, March 21, 2012

Dave Ghrol Live in Kuala Lumpur May 2012

“Tonight, I promise you we gonna do something we never done before in Foo Fighters show and it’s gone blow your fucking shit right on the door!, this is not the only the biggest fucking place we ever play in this country, this is the only biggest fucking crowd we ever play to, tonight this is gonna be the show that we will be talking about for the next fucking 25 years of our life, what do you think?” ..ujar Dave Ghrol ketika perform di Wembley. Sebelum tu, tajuk di atas hanya tahyul semata-mata.

Aku sebenarnya lebih gemar merujuk Foo Fighters sebagai Dave Ghrol kerana aku berpendapat Dave Ghrol dah jadi macam larger than a band. Tak, tak aku tak fanatik Dave Ghrol. Sikap fanatik sebenarnya adalah sikap eksklusif milik scene KPOP. Rock & Roll lebih kepada keikhlasan walau hanya berseluar jean lusuh dan t-shirt round neck yang tak ada apa-apa makna. KPOP kalau berpakaian demikian aku rasa memang nak kena penampar dengan orang yang nyanyi lagu tut truttt truttt tu.

Mujur konsert Foo Fighters dibatalkan di Singapura. Kalaulah masih diteruskan, tentu ada sedikit ralat di hati sanubari kerana aku tak dapat menyaksikan konsert ini di depan mata sendiri atas faktor kewangan kerana sedang sibuk membayar itu ini untuk rumah.

Kembali kepada konsert Wembley ini, aku ucapkan terima kasihlah kepada sesiapa yang upload konsert penuh ini di youtube. aku harap individu yang memuatkan video ini diberi anugerah nobel keamanan dunia.

Menonton persembahan dari Foo Fighters ini memang puas sekali, memang ini kelebihan scene Rock & Roll. Muzik yang dihasilkan sangat sesuai untuk persembahan pentas. Bertenaga, karisma dan bersahaja. Persembahan pentas memang hilang serinya kalau band yang cukup syarat boleh main lagu bertenaga kerana ada gitar, bass dan dram tapi tak boleh nak buat apa sangat sebab kebanyakkan lagunya heavy tapi perlahan. Macam creed kot. Eh wujud lagi ke kumpulan Creed ni? ke dah arwah.

Dah menjadi habit aku sekarang untuk memainkan video-video konsert penuh Foo Fighters (Wembley 2008 dan Big Weekend 2011) ketika sedang menulis. Lagipun kebanyakan lagu yang dimainkan secara langsung akan diolah sedikit jadi itu yang menjadikannya lebih sedap untuk dilayan. Aku harap satu hari nanti Foo Fighters akan perform juga di Kuala Lumpur. Local opening act boleh kita kasi pada sesiapa sahaja hatta M Daud Kilau sekalipun kecuali artis KPOP tempatan.

Tuesday, March 20, 2012

2030

Kalau kamu berusia 20 sehingga 30 (selepas ini aku panggil sebagai 2030), ingin aku berkongsi sedikit pengalaman. Aku pun tak beberapa pasti kenapa aku nak tulis pasal benda, mungkin sebab aku sendiri nak tengok benda yang aku fikirkan ini diterjermah ke bentuk penulisan. Cut the story short, dengar sini wahai 2030, kamu sedang berada di umur revolusi dan aku selaku 2030 yang sedang sampai ke penghujungnya (secara teknikalnya aku genap 30 pada 4 Oktober 2012) ingin berkongsi apa yang patut. Nak dengar ke tak nak dengar sudah, 2030 ni pun demeh kabo rebel-rebel orangnya kecuali yang kpop.

2030 adalah tempoh umur terbaik untuk merancang dan memulakan inisiatif petak-petak awal kehidupan. Bukan tak boleh bermula selepas itu, tapi masa itu emas. Lagi lambat kamu mulakan maka potensi untuk dapat emas yang sikit atau tak ada langsung cerah. Malahan mungkin terpaksa mengharapkan ihsan kerajaan. Ini sesuatu yang menyedihkan. Sampai bila mengharapkan ihsan kerajaan? sebagaimana insan biasa, apa yang kerajaan boleh lakukan adalah terhad. Apatah lagi ketidakcekapan dan kerajaan adalah teman baik. Betul dok ayat ni? Entah. Bedal je.

Jadi apa yang harus dilakukan oleh kamu wahai 2030? Okay aku bukan nak bagi fatherly advice mahupun brotherly advice tapi aku cuma nak belasah kamu semua dengan realiti. Kareer yang baik, kos sara hidup yang tinggi dan property bukan benda mudah untuk didapati masa kini malahan kemungkinan lebih sukar di masa depan. Persaingan semakin sengit untuk mendapat kareer yang baik, kos sara hidup melonjak naik dan property tak perlulah cakap. Sepanjang aku berada di 2030 ni, aku mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan kareer yang baik, alhamdullilah. 7 tahun ini bermula dari pengajian Diploma & Ijazah sehingga aku mula menceburi dunia pekerjaan mengutip sebanyak mungkin pengalaman di organisasi terdahulu dan 10 tahun pula tempoh yang aku tunggu untuk property! Dan kalau kamu bazirkan sebahagian besar 2030, aku tak tahu apa yang kamu tunggu lagi. Umur kamu bukannya difixed kan selama-lamanya pda 25 tahun (walau umur punk rocker secara psikologinya ditaut pada umur 25 tahun)

Belajar, menceburi dunia kerja sebaik habis belajar (menganggur adalah big no-no) dan cambahkan pemikiran dengan pembacaan buku dan menikmati art-art berkualiti tinggi (okay, ini kamu tentukan, macam aku art berkualiti tinggi boleh datang dari Bob Dylan Dave Ghrol, Greg Graffin, Quentin Tarantino, Haruki Murakami dan banyak lagi) adalah 3 perkara yang boleh kamu lakukan sebagai permulaan (art amat perlu untuk mengisi sebarang ruang vakum di samping menonton ustaz youtube). Bazirkan sehari, sebulan mungkin tak apa. Lebih dari itu, dua tahun 3, 4, 5 maka ada baiknya kamu tanya pada diri sendiri sama ada kamu lahir pada zaman yang salah atau, ok. Sendiri fikir.

2030 amat penting untuk revolusi dan mencorak tapak asas untuk mengubah dunia. Steve Jobs, Bill Gates, Steve Wozniak sudah sangat sibuk seawal 2030. Mereka gila bekerja dan mengutip pengalaman baru dengan sebegitu bernafsu lagi. 2030 sekarang ni ya memang semuanya bernafsu tapi nafsu depan skrin saja agaknya (deep sebenarnya ni). Ceburi bidang yang betul dan diminati jadi barulah kamu lebih terasa teruja untuk melakukan sesuatu yang berimpak besar.

Semuanya mesti bermula dengan betul dari awal lagi. Jadi wahai 2030, belajarlah, bacalah sebanyak mungkin buku, bekerjalah dan berhenti berdrama swasta di laman web sosial. Tiada siapa yang pedulikan apa yang kamu cakap. Yang peduli hanyalah altar ego kamu sendiri.

Renung-renungkan, selamat ber2030.

Rukun Negara KPOP

Put your hands up! put your hands up!
tut tut trupppp trupppppppp

Lagu anak muda (minus anak muda punk rock) sekarang. Mujur aku teringat pada rukun negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Kalau tak, nak rasa lempang pun ada. Rasa je la. Tapi masing-masing punya minat sendiri jadi kita boleh co-exist (hurrmmmmm). Bukannya aku anti hip hop malahan aku minat dengan band The Transplants, projek sisi Tim Armstrong (Rancid) yang bereksperimen dengan Hip Hop dan Rap. Dengan mengekalkan attitude Punk Rock, Hip Hop yang digabung dengannya jadi power.

Nah. Brader Snoop Dog pun join The Transplants. Kalau Snoop Dogg join lagu diatas tu, maka sudah pasti itu keajaiban dunia nombor 8.

Walk!

Mendengar lagu Walk oleh Foo Fighters ini menyebabkan aku teringat kepada kenangan survival awal tahun 2011 dahulu.

Awal tahun, aku kemalangan motorsikal. Syukur, tiada yang serius. Hanya sedikit retak. Dan beberapa minggu selepas itu, aku diserang bad back pain. Tak pasti kalau-kalau ini diakibatkan dari kemalangan. Jadi, aku pun ke Sime Darby Medical Centre. Setelah diperiksa sehingga masuk ke mesin apa entah untuk diperiksa tulang, doktor kata kecederaannya hanya minimum tapi tak ada apa yang boleh dibuat melainkan aku buat senaman khas bagi mengelakkan serangan bad back pain yang lebih kronik.

Boleh jogging ke lepas dah ok ni? Aku tanya.

Erm, can but don’t push yourself, less than 5 minute then just walk. Begitulah lebih kurang doktor tu kata. Tapi dia seakan mahu kata, lupakan jogging dan buat senaman ringan sahaja serta berjalan.

Okay, disini rebel bermula. Mula-mula aku jogging, memang betul aku hanya mampu bertahan 5 minit, kemudian sakit. Tapi aku tak berputus asa. Aku berhasrat untuk melawan arus keadaan medikal diri. Secara berperingkat-peringkat aku jogging sehingga 2 bulan berikutnya, aku mampu jogging 30 – 40 minit tanpa sakit.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman ‘walk’ aku. Tapi ini membawa kepada persoalan, kenapa regim jogging 30 – 40 minit dengan kerap itu seakan tak membantu kepada penurunan berat badan aku?

Okay yang ini tak perlu jumpa pakar di Sime Darby Medical Centre untuk menjelaskan. Ya lah, sebaik sahaja aku membuktikan aku boleh berjogging lebih dari 30 minit tanpa sakit, aku terus berhenti jogging dan menumpukan perhatian kepada scene teh tarik di petang hari.

Monday, March 19, 2012

Apartmen Bukowski

Majalah yang tak sangka aku beli, hari ini aku beli. Iaitu Apartmen, yang merupakan sister magazine kepada Impiana. Impiana ni ada beberapa sister magazine lagi iaitu Laman dan Dapur, entah apa lagi sister magazine selepas ini agaknya ya. Cuma yang penting, aku berniat untuk beli majalah yang unpredictable sekali sekala agar memberikan aku idea baru di luar jangkaan. Minggu lepas pula aku jumpa majalah mengenai anjing di Subang Jaya. Memang betul-betul unpredictable kalau aku beli, kalau mengenai kucing mungkin ya. Tapi yang menarik, nama majalah anjing tersebut adalah Doggy Style. Tapi dah tentu aku tak beli majalah tu.

Ok lupakan apa yang kamu tafsir mengenai Doggy Style.

Entah berapa peratus dari apartment/kondominium yang ada di Malaysia ini macam apa yang ada di dalam majalah ini. Kos perabot dan dekorasi bukan murah, dan juga perlukan idea kreatif. Kena fikir pasal tema etc. Sejak berpindah, aku ada sedikit idea sahaja apa yang aku nak buat dengan kediaman kecil ini. Konsep minimalis kot. Tak banyak benda yang akan aku letak. Aku hanya mahu dua kerusi armchair semacam ini, rak buku di sebelah TV. Yang lain nanti-nanti dulu. Okay sudah tentu kena ada meja kopi. Bukan meja kopi secara literally sahaja, tapi meja kopi yang khas untuk kopi.

Di halaman majalah Apartmen di muka surat 68 – 75, ada ulasan mengenai kediaman Ain Maisarah, seorang novelis tempatan. Aku tak pernah baca novelnya, tapi kemungkinan besar novelnya ceria-ceria sahaja. Dan ini direfleksikan dengan kediaman rumahnya. Sudah tentu berbeza dengan Charles Bukowski, penulis solitude dan anti-masyarakat yang mengurung dirinya di bilik berhari-hari sambil menulis. Ah gila apa aku cuba bandingkan 2 penulis ini. Mesejnya, tak kira seceria dan secute mana kehidupa/kediaman kamu gaya Ain Maisarah atau se-dark Charles Bukowski, rumah adalah tempat utama untuk menulis.

Okay, aku dah ada rumah. Kini apa yang menunggu adalah buku untuk ditulis, atau kata-kata untuk direpekkan menjadi puisi. Peratusan besar gaji aku digunakan untuk membayar mortgage. Ya, memang mahal, tapi tak mengapa. Rumah adalah sesuatu yang sacred. Bak kata Azizi Ali, the home is a base of your life, a headquarter of your happiness.

Jadi wahai rumah, hujani aku dengan idea agar boleh aku menyaingi Ain Maisarah. Kakakakaka.

Wednesday, March 14, 2012

Transformation yang Power

Ini benda lama.

Tapi seperti seronok untuk dikupas semula sementara gomen pun dalam mood transformation programme. Ah, transformation programme hanyalah satu branding, satu inisiatif yang diselaraskan dengan baik walau sebenarnya masih berbillion ruang lagi untuk diperbaiki. Aku bukan pro-BN. Dan bukan juga aku pro-PR. Aku pro-bijaksana. Benda yang bangang sama ada dari BN dan PR, sama-sama di-insult. Benda yang bagus baik dari BN dan PR, disokong. Tapi selalunya banyak benda bangang dari diorang.

Kembali balik pada cerita lama, masa aku kecewa dulu, er sebab apa kecewa tak penting, yang penting aku gunakan perasaan kecewa itu jadi satu art. Sebenarnya ramai muda-mudi sekarang membazir rasa kecewa dengan berdrama itu ini di laman web sosial, kadang-kadang nampak bangang pun ada sebab kerja dahlah entah kemana, belajar kantoi. Bangang.

Alamak, banyak pulak aku insult disini, biasalah dah terpengaruh dengan ustaz youtube.

OK, sebaik kecewa dahulu, aku bertekad untuk melancarkan satu program transformasi yang bertujuan untuk menyuntik daya produktiviti disamping menikmati kehidupan dengan lebih baik. Pendek kata, aku tak mahu bazir sesaat pun. Jadi aku brainstorm dengan diri sendiri, inilah dia. Perhatikan, benda biasa sahaja tapi bila diselaraskan dan diberi branding yang baik, nampak seakan power, dan art.

Tapi sama ada tercapai atau tak tercapai, open for interpretation. Hahaha!

Monday, March 5, 2012

Analisis Drama TV (bukan Nurkasih)

Berbanding menonton wayang di pawagam, aku lebih gemar menonton drama TV. Namun agak terhad drama TV yang aku boleh tonton kerana kebanyakkannya aku terpaksa cari sendiri secara indie sama ada di Internet atau di beberapa kedai DVD yang agak rebel dan power. Hendak harapkan TV3, balik-balik diulang cetak drama berasakan cinta-putus cinta-seks-orang kaya-makan malam-seks semula-dan akhir sekali insaf taubat nasuha. Hendak harapkan Astro, entah sehingga abad keberapa hanya menawarkan CSI dan NCIS.

Aku terhibur menonton drama TV dengan plot jalan cerita yang menarik dan dikombinasi pula dengan karakter tersendiri yang unik. Inilah dia, 8 karakter yang mendapat tempat di hati aku. Kemungkinan akan ada banyak lagi karakter yang aku gemari, tapi apakah daya, drama TV yang aku tonton dari US masih terhad.

1. Patrick Jane

Patrick Jane adalah watak utama dalam siri The Mentalist, siri penyiasatan yang mengunakan kepakarannya dalam memanipulasi dan membaca perilaku untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan. Berbeza dengan drama siri-siri penyiasat yang lain, Patrick Jane hanya bersahaja dan meneliti stuff di rumah dan ruang persekitaraan dalam mencari klue pembunuhan. Ya, berbeza dengan CSI yang terlalu memfokuskan kepada bukti saintifik. Sedang penyiasat yang lain terlalu serius, dia sebaliknya dengan tenang menikmati teh panas, sedang di pejabat penghuninya berserabut dengan fail-fail, Patrick Jane hanya duduk dan berbaring di sofa sambil membaca buku.

Dalam beberapa siri The Mentalist, Patrick Jane yang dulunya seorang Physic yang terkenal berulang kali menegaskan Physic kesemuanya adalah scam. Dia hanya tertawa dengan perbuatan ala menurun atau bercakap dengan roh. Ini seakan selari dengan ajaran Islam yang menolak perkara-perkara khurafat. Apa yang ada pada Patrick Jane adalah sesuatu yang bersifat kemahiran ketajaman minda dalam membuat pemerhatian serta kejuruteraan sosial untuk memanipulasi penjenayah melakukan kesilapan.

Ada satu quote dari Patrick Jane yang menarik perhatian aku yang mengandungi elemen sufi dan zen, agak genius penulis skrip ini. Ini dia:

“If you stop seeing the world in terms of what you like and dislike and saw things for what they truly are in themselves, you would find a great deal more peace”.

2. Dr. Lloyd Lowery

Dr. Lloyd Lowery adalah seorang banduan dalam siri Breakout Kings. Tidak dapat dipastikan entah apa kesalahannya (aku baru menonton beberapa siri Breakout Kings dan di wikipedia agak terhad maklumatnya) namun Lloyd direkrut oleh pihak berkuasa dalam satu projek khas mengesan banduan-banduan yang break out. Setiap banduan yang berjaya dikesan sehingga tangkap akan membawa ganjaran berupa tolakan satu bulan dari tempoh keseluruhan hukuman penjara. Kenapa banduan dipilih adalah kerana seperti tag line drama ini: It Takes A Con to Catch A Con.

Dr. Llyold bukan watak utama dan kenapa dia direkrut adalah kerana kemahirannya menganalisa langkah seterusnya yang akan diambil oleh banduan yang breakout. Dia juga seperti Patrick Jane yang cekap dalam membuat pemerhatian dan berbeza dengan Patrick Jane, Dr Lyold memiliki kelayakan akademik yang agak tinggi dalam bidang psikologi. Disebabkan itu, berbagai terminologi mengenai psikologi kerap dilontar olehnya dalam menyelesaikan setiap kes.

Oh ya, Breakout Kings juga adalah siri yang ditulis oleh penulis dalam drama TV Prison Break. T-Bag juga muncul dalam salah satu siri Breakout Kings ini dan Dr. Lyold memohon untuk mengadakan sesi one to one dengan T-Bag untuk menganalisa psikologinya.

“I'm not a Racist, I'm a Factist” - Lyold Lowery.

3. Michael Scofield

Menonton Prison Break adalah satu ketagihan yang penuh suspen. Setiap siri ada halangan tersendiri yang menuntut watak utamanya - Michael Scofield menyelesaikannya. Kalaulah Prison Break ini dah ditulis sejak aku kecil, tak mustahil kareer dalam bidang kejuruteraan lah yang akan aku pilih. Jadi, kalau anda seorang Jurutera, anggaplah kemahiran anda dipublisitikan dengan baik oleh Michael Scofield (dalam siri ini dia adalah lulusan Sarjana Kejuruteraan Awam).

Dalam satu siri Prison Break, Dr. Sara dapat tahu Michael Scofield mengalami sindrom Low latent inhibition. Low Latent inhibition ini kalau dikombinasikan dengan IQ yang rendah, akan memporak-perandakan pengalaminya, tapi kalau IQ yang tinggi, dia akan jadi seorang yang super genius. Jadi, disebabkan itu Michael Scofield agak cekap dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Okay sebenarnya ada 5 watak lagi. Tapi aku nak rehatkan low latent inhition aku sekejap. Heh.

Bersambung…

Foo Fighters & Tukarkan Tragedi Kepada Oppurtuniti

25 April 2006, berlaku gegaran di lombong emas bawah tanah Beaconsfield, Tasmania Utara, Australia. Dalam keadaan yang mendebarkan itu, 17 pelombong masih berada di lokasi bawah tanah dan 14 daripada mereka berjaya menyelamatkan diri. 3 terperangkap. Seorang terkorban. Dan 2 orang yang terperangkap cuba bertahan dan menyanyikan lagu The Gambler (Kenny Rogers, brader jual ayam panggang tu) kerana hanya ini lagu yang mereka tahu secara bersama-sama untuk menaikkan semangat untuk terus hidup.

Tidak dapat dipastikan bila penyelamat menemui mereka (antara sekitar 26 April - 1 May 2006), namun gerakan mengeluarkan mereka menemui kesukaran kerana dibimbangi sebarang tenaga kinestik yang terhasil akan menimbuskan mereka. Sementara menunggu penyelamat figure out kesemua ini, mereka memohon pelbagai stuff dan antaranya termasuk iPod yang dimuatkan lagu-lagu dari Foo Fighters. Bila Dave Ghrol mengetahui kesemua ini, dia menawarkan tiket konsert Foo dan minum beer secara bersama.

Okay, aku berangan sebenarnya mengharapkan tiket percuma sebegini untuk konsert Foo yang akhirnya dibatalkan di Singapura (sepatutnya 2 March 2012). Kerana tahun lepas, sewaktu aku menunggang motorsikal, aku terbabas lantas mengesel dan berlanggar dengan konkrit terowong Federal Highway. Dalam kesakitan yang amat, pemain mp3 aku masih bermain ketika itu dan bila tiba di hospital, aku cuba dengar lagu apa agaknya yang berkumandang secara rawak ketika itu. Lagu tersebut adalah lagu Foo Fighters - Overdrive. lagu yang dikaitkan dengan kemalangan jalan raya. Semua ini secara kebetulan namun ada uniknya kalau Dave Ghrol menghargai situasi yang unik itu dengan menghadiahkan aku tiket konsert Foo secara percuma.

Kalau Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan untuk politik Malaysia dan tanpa Anwar Ibrahim mungkin Malaysia akan disuap lelohor hitam (black hole) serta tidak akan wujud lagi Malaysia di peta dunia, aku berpendapat Dave Ghrol pula adalah anugerah dari industri muzik US untuk dunia. Dia bermula sebagai pemain drum Nirvana dan selepas kematian Kurt Cobain yang mengejutkan, Dave Ghrol memperkasa kareer muziknya dengan menubuhkan Foo Fighters sebagai teraju utama - Penyanyi/Pemain Gitar/Penulis Lagu.

Mesej disini adalah mengenai tragedi yang ditukarkan kepada oppurtuniti (sengaja membahasa-melayukan inggeris kerana secara teknikalnya tiada siapa lagi yang boleh diharap menjaga Bahasa kerana pejuang bahasa yang ada sibuk baring di jalanan). Kereta aku dicuri bajingan mana entahkah/dan berdepan dengan tuntutan kewangan yang tidak munasabah, namun alhamdullilah, mengunakan semangat yang ada, aku bingkas bangun menukar tragedi kepada oppurtuniti. Kini aku pakai kereta baru yang lebih bertenaga dan sudahpun memiliki property sendiri setelah puas berenang di lautan kewangan yang ganas. (masih lagi berenang sebenarnya).

Ah macam Fadhilah Kamsah la pulak nak cakap-cakap pasal motivasi ini. Dah, aku nak layan konsert Foo Fighters yang baru lepas dimuat turun.

Drop Out II

Sebagai belia yang berwawasan, memang aku ada menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian pada peringkat Sarjana. Jadi sekitar awal tahun 2009, aku memutuskan untuk mengikuti kelas pengajian sarjana di UiTM - Pengurusan Pengetahuan atau apa yang mereka panggil sebagai Master in Knowledge Management (KM).

Kenapa aku menyambung belajar dan kenapa KM? aku rasa dalam konteks belia berwawasan seperti belia kebanyakkan yang lain, tersimpan niat untuk mengunakan sarjana sebagai bonus tambahan untuk mendaki tangga kareer. Dan untuk kes aku pula, faktor tambahan perangsangnya adalah kerana diinspirasikan oleh Greg Graffin dari Band Punk Religion, yang juga seorang Pensyarah dengan kelulusan Phd.

Kenapa KM pula adalah sebab aku ingin melawan arus keseragaman. Asyik-asyik MBA. Jadi kena rebel sedikit. Lagipun KM boleh diaplikasikan kepada semua tugasan kita dan lebih dekat kepada minat aku dalam bidang penulisan. Sekurang-kurangnya aku boleh didedahkan dengan tips-tips formal menjelajah pelbagai sumber rujukan untuk penulisan. Dan yang penting, kos keseluruhan bagi pengajian Sarjana Pengurusan Pengetahuan ini pula tak sampai RM 7 ribu.

Jadi semasa hari pendaftaran, aku hadir pada sesi penerangan am-nya. Agak ramai belia-belia yang hadir. Dan penceramahnya cuba menginspirasikan kami semua bahawasanya feel belajar Master atau Sarjana ni lain. Dia kata semasa Degree, you are exploring the knowledge but in master in you are creating the knowledge! (dan dalam hati, aku sambung - and in Phd, you will manipulating the knowledge and confusing others).

ok tunggu sekejap, selepas 2 bulan lebih mengikuti kelas, aku terpaksa membuat penilaian semula. Creating the knowledge? apa yang aku hadapi adalah membuat ulasan berjuta-juta artikel dari ahli akademik dari tahun paleotitik sehingga kini. Artikel ditulis terlalu akademik dan bersifat teori kompleks. Lebih akademik dan kompleks sesuatu teori tu aku rasa meletakkan penulisnya hebat di mata ahli akademik yang lain. Artikel itu bukan untuk masyarakat dan peminat intelektual yang punk rock seperti aku. Maka aku memutuskan untuk drop out.

Mesejnya disini bukan untuk mengendurkan niat orang lain untuk menyambung pendidikan formal. Go ahead. Aku hanya menentukan apa yang aku fikirkan sesuai untuk diri sendiri. Di sini, selepas membuat kiraan metamatik, dari aku membayar RM 7 ribu untuk menulis ulasan berbillion artikel akademik yang tidak boleh difahami walaupun dibaca sebanyak 800 kali, ada baiknya aku gunakan RM 7 ribu itu untuk mendapatkan ilmu/inspirasi dalam konteks yang lebih berstrategi dan kena dengan hobi sendiri iaitu membeli dan membaca buku. Bayangkan, dengan RM 7 ribu, aku boleh membeli sekitar 120 buku.

Jadi inilah jalan yang aku pilih, drop out kerana prinsip. Bukan drop out kerana kantoi paper. Itu loser.

Peniagawan

Nak cerita sikit pengalaman hari ni, nah amik.

1. Rambut

Disebabkan rambut dah mencapai paras tak terurus dan mengambil kesempatan dari konsert Foo Fighters di Singapura yang dibatalkan (saja mengambil feel Dave Ghrol yang berambut panjang dan berjambang), aku memutuskan untuk mengunting rambut di Thomas & Guys (SACC Shah Alam). "Curly nya rambut you", kata Bobo, pengunting rambut di Thomas & Guys. Tapi aku yakin itu adalah euphemism bagi: "serabutnya rambut awak bagaikan hutan simpan". Sebelum dia mula mengunting, dia berbincang dengan aku mengenai gaya rambut yang kemas. Aku hanya iyakan saja. Apa lah yang aku tau fasal gaya rambut. Aku kagum dengan Bobo yang seakan merancang pemotongan dengan penuh bersemangat dan hasilnya, aku sangat berpuas hati dan merancang untuk mengunakan khidmat Bobo lagi nanti bila rambut serabut semula.

2. Speaker

Sebab aku mahu hidup secara minimalis, subwoofer lama yang besar dan tidak berfungsi dengan baik aku gantikan dengan speaker kecil yang minimalis . Di Sen-Q SACC Mall, aku jumpa speaker kecil, unik, bunyi boleh tahan lah untuk sebarang audio punk rock serta yang penting, murah (Sonic Gear - Sonic Gear boleh jadi satu nama band yang bagus, kan?). Jurujual yang menerangkan aku juga kelihatan bersemangat (seperti Bobo tadi). Padahal aku bukannya beli TV 60 inci atau Peti Ais 4 pintu. Aku hanya beli Speaker kecil - hanya RM55! dan ketika itu pun kedai pun agak padat dengan pelanggan.

3. Langsir

Kini di kedai Home Harmony, Plaza Shah Alam, aku melilau mencari langsir kepanjangan 9 kaki. Dan jurujual yang memberi khidmat runding juga agak bersemangat sehingga memberi demonstrasi kepanjangan 9 kaki dan walaupun aku ada budget untuk membeli langsir dengan harga spesifikasi yang mula-mula ditunjukkan, dia bersemangat untuk mencadangkan langsir lain yang lebih murah namun masih tetap berkualiti. Sehingga dia berpesan agar segera kembali kedai sekiranya mahu langsir ditukarkan andai kiranya tidak ngam.

4. Basuh Kereta

Basuh kereta pula di seksyen 18. Entah kenapa, expatriat-expatriat dari Bangladesh itu begitu bersungguh menyambut ketibaan kereta aku yang kotornya seperti baru mandi lumpur.

Persaman antara Bobo, brader speaker, ah-so langsir dan expatriat-expatriat dari Bangladesh adalah, mereka memberikan sesuatu yang agak sukar diberikan dalam dunia yang semakin gila dan panas baran iaitu perkhidmatan perniagaan yang mesra pelanggan serta bersungguh-sungguh. Dalam kesibukan, mereka masih menguntum senyuman. Dalam kepenatan, mereka masih memberikan semangat yang berkobar-kobar. Okay biar aku jelaskan dekat sini, bukan maksud aku mahu dilayan sebegini sangat tapi, duit yang aku bayar kepada mereka semua adalah hasil dari kerja keras siang malam yang halal. Maka sewajarnya dihormati dan perkhidmatan diberi perlu dengan semangat berkobar-kobar.

Dan, memang menjadi prinsip aku, kalau berdepan dengan penjual dan penyedia perkhidmatan yang langsung tidak menghormati kita, batalkan pembelian atau perkhidmatan serta merta. Mereka mahu duit tapi perkhidmatan yang diberi sambil lewa atau dalam setengah kes, melayan rungutan pelanggan dengan rungutan. Duit diberi menjadi punca rezeki mereka juga dan aku berpendapat, mereka yang tidak menghormati struktur punca rezeki lebih layak jadi manusia Naenderthal.

Aku pun tak faham kenapa mereka masih mahu berniaga/atau menjadi penjual/pemberi perkhidmatan. Mereka sepatutnya jadi hamba abdi di US sebelum zaman Abraham Lincoln.

Saturday, March 3, 2012

Drop out

Sementara mereka berbaris untuk iPhone, aku masih kekal dengan Nokia E71 yang lusuh dan sudah beberapa juta kali jatuh menyembah bumi (namun masih berfungsi dengan baik). Mereka teruja dengan iPad, aku memilih Galaxy Tab 10.1. Mereka dengan iPod, aku dengan Sony MP3 player yang rosak fungsi skrinnya akibat kemalangan jalan raya tahun lepas. Mereka dengan Mac, aku dengan Dell Vostro.

Namun masih ada titik pertemuan antara aku dan Steve Jobs.

Steve Jobs seorang dropout kolej, dan begitu juga dengan aku, drop out dari pengajian sarjana.

Jadi, memang ada potensi kaitan prestasi antara aku dan Steve Jobs. Kami drop out untuk mengubah dunia.